[ home ]
Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga
pentadbir =
kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu
dikenang =
Tatalaku Dan Disiplin
Larangan Am
Kesalahan Umum
Kesalahan
Berat
- Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada
peraturan sekolah semasa berada di sekolah.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat
bising. Pelajar-pelajar mestilah menjaga ketenteraman
dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga semasa
peperiksaan dijalankan dan semasa upacara-upacara khas
sekolah.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada
atau berlari di kaki lima di luar kelas/bangunan sekolah
atau berkeliaran semasa pelajaran sedang dijalankan atau
ketika pertukaran waktu.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan /
minum di dalam bilik darjah.
- Pada masa rehat bilik darjah hendaklah
digunakan untuk perkara yang bermanfaat seperti
mengulangkaji pelajaran, perbincangan dan sebagainya.
- Pelajar-pelajar hendaklah pergi ke kelas
dengan segera bila mendengar loceng masuk kelas berbunyi.
- Pelajar-pelajar pada setiap masa hendaklah
menjaga keselamatan diri, hartabenda sendiri dan milik
orang lain. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di
atas sebarang kehilangan.
- Pelajar-pelajar hendaklah berdiri memberi
hormat kepada semua guru sewaktu mereka masuk dan keluar
dari bilik darjah. Begitu juga waktu kedatangan Pengetua
atau pelawat-pelawat yang melawat bilik darjah.
- Pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa
menghormati orangyang lebih tua darinya dan memberi salam
bila bertemu.
- Semua pelajar dikehendaki tertib,bersopan
dan hormat diantara satu sama lain, kepada
guru-guru,kakitangan bukan guru serta Pengetua.
- Pelajar-pelajar hendaklah taat dan
mematuhi arahan Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru,
mematuhi arahan Ketua Pegawas, Pengawas-Pengawas , Ketua
Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
- Semua pelajar dikehendaki patuh kepada
Rukunegara dan peraturan sekolah.
- Semua pelajar dikehendaki berkelakuan baik
dan menjaga kesopanan dan tatasusila masing-masing setiap
masa, sama ada di dalam ataupun di luar sekolah. Jika
pihak sekolah mendapati sesuatu salahlaku disiplin
dilakukan di luar, pihak sekolah berhak dan akan
mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin nama baik
sekolah.
- Semua pelajar dikehendaki menjaga dan
memelihara nama baik S.M.U.I. Kunak.
Larangan
Am
- Pelajar-pelajar dibawah umur 21 tahun
adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti
politik.
- Pelajar-pelajar dilarang mengambil
bahagian dalam sebarang demonstrasi atau tunjuk perasaan.
- Pelajar-pelajar dilarang membeli,
memiliki, membaca, menerbitkan atau mengedar bahan-bahan
yang berunsurkan komunis, anti-nasional atau
anti-perkauman dan lucah.
- Pelajar-pelajar dilarang menerbit atau
mengedar sebarang surat / pemberitahuan / majalah atau
bahan tanpa kebenaran Pengetua.
- Pelajar-pelajar dilarang membawa dan
mendengar radio dalam kawasan sekolah. Semua jenis alat
muzik tidak dibenarkan dibawa ke sekolah tanpa kebenaran
Pengetua.
- Pelajar-pelajar dilarang mengadakan
perhimpunan, bermesyuarat, menulis surat layang dan
memprotes urusan pentadbiran sekolah.
- Pelajar-pelajar dilarang keras menghisap
dadah, rokok,menonton dan membawa gambar-gambar lucah
atau melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan
ajaran Islam serta tatatertib seorang muslim / muslimat
Back to top

KESALAHAN
UMUM
- Bermain mercun di sekolah.
- Bising, mengganggu kelas.
- Keluar kelas tanpa
kebenaran.
- Membeli dan menyimpan
barang-barang curian.
- Mengeluarkan kata-kata
lucah, mencarut, menulis / melukis perkara-perkara yang
dianggap lucah.
- Bersubahat dalam sebarang
kesalahan.
- Tidak menghormati
pengawas, ketua kelas, dan penolong ketua kelas.
- Tidak menepati masa.
- Mengotorkan kelas, kawasan
sekolah.
- Menghalang atau
menggagalkan usaha untuk mnyiasat pelajar yang bersalah
- Tidak membayar yuran
sekolah.
- Merayau-rayau.
- Makan dan minum dalam
kelas.
- Menghilangkan hartabenda
sekolah yang dipinjamkan kepadanya.
- Bermain dengan permainan
yang merbahaya.
- Tidak mempunyai sikap
kekitaan dan sayangkan sekolah.
- Sesuatu perbuatan yang
tidak disenaraikan dalam buku ini boleh dianggap sebagai
sesuatu kesalahan jika ia :-
- Mengganggu ketenteraman
sekolah / orang lain.
- Merosakkan harta sekolah /
orang lain.
- Mencederakan orang lain.
- Memalukan sekolah / orang
lain.
- Merugikan sekolah / orang
lain.
- Menulis di akhbar atau
majalah -majalah sebelum mendapat kebenaran daripada
Pengetua.
- Membuka dan bermain
alat-alat letrik di asrama atau sekolah dan bilik darjah
atau sebarang alat yang boleh membawa kepada bahaya.
- Membawa masuk sebarang
alat pandang dengar ke dalam bilik tidur.
- Sesuatu perbuatan yang
tidak disenaraikan dalam buku ini boleh dianggap sebagai
suatu kesalahan jika ia diisytiharkan sebagai satu
kesalahan oleh Pengetua.
Back to top

Kesalahan
Berat
Berikut adalah
kesalahan-kesalahan berat. Semua yang melakukannya boleh
dikenakan tindakan :
- Memanggil ibu bapa /
penjaga berjumpa dan berbincang dengan pihak sekolah
- Digantung sekolah dalam
tempoh waktu yang tertentu dan pelajar itu hendaklah
datang semula ke sekolah pada tarikh yang telah
ditetapkan bersma dengan ibu bapa / penjaga
- Ibu bapa akan dipanggil
untuk merotan anak mereka disaksikan oleh guru disiplin
sekolah atau digantung atau diberhentikan dengan
SERTA-MERTA setelah dimesyuaratkan oleh Ahli Lembaga
Disiplin dan dipersetujui oleh Pengetua Sekolah serta
memberi laporan kepada KPP Jabatan Pendidikan JHEAINS
Kota Kinabalu :-
- Selalu datang lewat ke
sekolah.
- Ponteng kelas, ponteng
peperiksaan dan ponteng sekolah.
- Ponteng perhimpunan /
acara rasmi sekolah.
- Tidak menghormati lagu
'Asma'ul Husna, lagu Negaraku dan lagu sekolah.
- Menipu dan bercakap
bohong.
- Meniru dalam peperiksaan
dalaman dan luaran.
- Meminda markah dalam Buku
Rekod Kemajuan.
- Mencuri.
- Berjudi
- Bergaduh dan berlawan.
- Merosakkan hartabenda
sekolah / kerajaan dengan sengaja.
- Merosakkan hartabenda
pelajar / guru dengan sengaja.
- Membeli, membawa, membaca,
melihat, ,menunjuk, menyebar, dan menjual bahan-bahan dan
gambar-gambar lucah.
- Menulis, melukis dan
menggunakan kata-kata dan gambar- gambar ucah.
- Mengendap.
- Memeluk pelajar perempuan.
- Bercumbu-cumbuan,
pelacuran, mengadakan hubungan sulit, kahwin / nikah.
- Kurang sopan / biadab
dengan Pengetua / guru / kakitangan bukan guru.
- Mengancam / melawan /
memukul guru atau pengawas atau pelajar.
- Memeras ugut.
- Menulis kepada surat
khabar tanpa pengetahuan pihak berkuasa sekolah.
- Membawa, membeli,
mengambil, menjual, dan menghisap rokok /curut / paip.
- Membeli, membawa,
mengambil, mengedar dan menjual dadah
- Membawa senjata atau alat
yang boleh digunakan sebagai senjata.
- Menjadi ahli kumpulan
haram / gang / samseng.
- Menjadi batu api. (
mencetuskan pergaduhan dan seumpamanya)
- Sengaja menimbulkan
sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
perpecahan ukhuwwah islamiah.
- Melanggar undang-undang
yang ditubuhkan oleh sekolah dan Kementerian Pendidikan.
- Masih membantah hukuman
guru sekalipun sudah duberi amaran secukupnya.
- Menunjukkan sikap bongkak
dan membuat penghinaan kepada Pengetua / guru.
- Perhubungan antara lelaki
dan perempuan atau sebaliknya samada melalui surat,
talipon, sebagai abang atau adik angkat dan seumpamanya
adalah ditegah dalam Islam dan satu kesalahan berat pada
undang-undang sekolah
- Melanggar atau tidak
menerima peraturan-peraturan tatatertib yang menurut budi
bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang
berat.
Back
to top
Ke atas
Penerimaan
Pelajar Baru - Kehadiran Ke Sekolah - Perhimpunan
Mingguan - Tatalaku Dan Disiplin Sekolah - Pakaian
Dan Kekemasan Diri- Bahasa Pengantar - Ujian
Dan Peperiksaan - Kegiatan Ko-Kurikulum - Pembayaran
/ Yuran Sekolah - Kemudahan Yang Disediakan - Pelawat /
Tamu Sekolah - Surat Menyurat