[ home ]
Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga
pentadbir =
kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu
dikenang =
Kemudahan Yang Disediakan
SPBT
Asrama
Surau
Kantin
Sukan & Rekreasi
Dewan Makan
BUKU TEKS PINJAMAN
- Buku-buku teks yang dipinjamkan kepada
pelajar-pelajar di bawah skim pinjaman buku-buku teks
adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan / JHEAINS /
Sekolah dan hendaklah dijaga kebersihan dan
keselamatannya.
- Hanya peminjam rasmi sehaja yang layak
menggunakannya. Peminjam-peminjam hendakah menuliskan
nama dan tingkatan mereka pada ruang-ruang yang dikhaskan
dalam setiap buku yang dipinjam.
- Pelajar-pelajar digalakkan membalut
buku-buku tersebut.
- Pelajar-pelajar dilarang menconteng atau
mengotori buku-buku tersebut. Pelajar-pelajar juga
dilarang merosakkan atau menggunting atau menekap
gambar-gambar didalamnya.
- Jika didapati pelajar-pelajar merosak ,
mengotori atau mengabaikan keselamatan buku-buku
tersebut, maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta
ganti sama ada menggantikan dengan buku yang lain atau
membayar harga buku itu.
- Buku-buku teks pinjaman hendaklah
dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.Pelajar-pelajar yang bertukar atau berhenti
sekolah hendaklah memulangkan buku-buku teks tersebut
sebelum dikeluarkan Surat Lepas dan sebelum meninggalkan
sekolah .
Back to top
Asrama Putera

Asrama Puteri
Back to top
MUSOLLA

- Musalla / Surau adalah untuk tempat
beribadat dan aktiviti-aktiviti keagamaan / yang
bersesuaian sahaja.
- Semua pelajar wajib solat berjamaah di
Surau pada Solat Maghrib, Isya' dan subuh.
- Setiap pelajar mesti berada di Surau
sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu solat tiba.
- Pakaian pelajar hendaklah sopan dan
bersesuaian dengan pakaian untuk beribadah.
- Pelajar dikehendaki mengikuti semua
aktiviti yang diadakan di Surau kecualai bagi yang
mempunyai keuzuran yang munasabah.
- Sebelum memasuki Musolla/Surau, kasut dan
selipar hendaklah ditanggalkan.
- Pelajar-pelajar dilarang sama sekali
menjadikan Musolla/Surau sebagai tempat menukar pakaian,
tempat tidur atau tempat berehat.
Back to top
KANTIN

- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan,
membeli makanan / minuman atau berada di kawaan kantin
kecuali pada waktu rehat atau bila tamat waktu
persekolahan .
- Segala peraturan-peraturan kantin
hendaklah dipatuhi.
- Semasa membeli makanan / minuman,
pelajar-pelajar hendaklah sentiasa beratur, bersopan
santun dan.tidak membuat bising
- Kebersihan semasa makan dan minum
hendaklah dijaga. Jangan biarkan sisa-sisa makanan
tertinggal di atas meja atau lantai. Sampah dan
bahan-bahan pembungkus hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah. Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan kepada pengusaha kantin.
- Pelajar-pelajar dilarang masuk ke bahagian
dalam kantin.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar
dari kawasan sekolah untuk membeli makanan atau minuman.
- Pelajar-pelajar dilarang membawa makanan /
minuman ke dalam
- kelas, pusat sumber / perpustakaan dan
sebarang bilik khas.
Back to top
SUKAN DAN PERALATAN
- Setiap pelajar diwajibkan mengikuti
akitiviti berjoging setiap pagi hari Sabtu.
- Setiap pelajar digalakkan untuk mengadakan
aktiviti riadhah yang disukai dan tidak membahayakan
diri.
- Alat-alat sukan yang hendak digunakan
mestilah dengan kebenaran guru yang berkenaan.
- Alat-alat sukan hendaklah digunakan dengan
cermat dan berhati-hati. Pelajar-pelajar hendaklah
berwaspada bila menggunakan alat-alat yang membahayakan
diri atau orang lain.
- Alat-alat sukan yang telah selesai
digunakan hendaklah dikembalikan semula ke tempat ia
mula-mula diambil atau dikeluarkan.
- Alat-alat yang dipinjamkan kepada
pelajar-pelajar hendaklah dijaga supaya bersih dan tidak
rosak serta dipulangkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebaramg kehilangan mesti diganti.
Back to top
DEWAN MAKAN
- Pelajar-pelajar mesti hadir ke dewan makan
pada waktu yang ditetapkan dan sesiapa yang tidak hadir
pada waktu yang ditetapkan tanpa sebab atau laporan,
makanannya tidak dapat disediakan.
- Berdoa sebelum dan selepas makan
serta makan dengan sopan.
- Pelajar yang tidak dapat hadir ke
dewan makan pada waktu yang
- ditetapkan atas sebab-sebab tertentu
hendaklah memberitahu ketua kebajikan pelajar atau ketua
pelajar.
- Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan
dan minuman keluar dari dewan makan.
- Segala masalah yang berhubung dengan
makanan dan minuman hendaklah dikemukakan kepada ketua
kebajikan pelajar atau pengawas asrama untuk dilaporkan
kepada pihak berkenaan.
TANDAS / BILIK MANDI
- Pelajar-pelajar hendaklah menjaga
kebersihan tandas di sepanjang masa.
- Pelajar-pelajar hendaklah jangan
menyalahgunakan tandas.
- Pelajar-pelajar dilarang membuang sampah
ke dalam lubang tandas atau sinki.
- Pelajar-pelajar dilarang membuat bising di
dalam tandas / bilik mandi.
- Dilarang meletakkan milik peribadi pelajar
di dalam tandas / bilik mandi.
Ke atas
Penerimaan
Pelajar Baru - Kehadiran Ke Sekolah - Perhimpunan Mingguan -
Tatalaku Dan
Disiplin Sekolah - Pakaian Dan Kekemasan
Diri- Bahasa Pengantar - Ujian Dan Peperiksaan
- Kegiatan
Ko-Kurikulum - Pembayaran / Yuran
Sekolah - Kemudahan Yang
Disediakan - Pelawat / Tamu Sekolah - Surat
Menyurat