Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu dikenang =
1. Falsafah Pendidikan
Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah pemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2. Falsafah Pendidikan
Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri sendiri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan dia akhirat.
3. Falsafah Sekolah
Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak bersedia membina seramai mungkin generasi muslim yang kreatif, dinamis dan berdikari dengan memahami dan menghayati matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam sepenuhnya, berorientasikan kesepaduan ilmu serta keseimbangan jasmani, emosi rohani dan intelek selari dengan tuntunan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai dasar tertinggi dan utama.
4. Matlamat Sekolah
Melahirkan pelajar-pelajar muslim yang berketrampilan dan mampu berdikari melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-kurikilum serta memupuk kematangan berfikir dan bertindak sebagai seorang pelajar muslim yang kreatif, dinamis dan inovatif menuju kecemerlangan dalam memartabatkan 'kalimah Allah yang maha tinggi'
5. Objektif Sekolah
Membimbing
pelajar memahami konsep tauhid
Membimbing pelajar menghayati konsep
syara'
Menanam keyakinan dan
amalan bahawa kehidupan adalah ibadah kepada Allah SWT
semata-mata
Mentarbiyah pelajar
dengan akhlak Islam yang mulia
Membina pelajar yang
berketrampilan dalam ilmu dunia dan akhirat
Menjadikan Bahasa Arab
dan Inggeris sebagai bahasa ibunda kedua
Mewujudakan sekolah bestari
_________________________________________________________________________________
© Hak cipta Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak