[ home ]
Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga
pentadbir =
kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu
dikenang =
Kehadiran Ke Sekolah
Masa Persekolahan
Pelajar Sakit
Kelas Gantian
tatalaku Dalam Kelas
Tugas Ketua
Kelas Dan Penolongnya

MASA PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan adalah seperti
berikut * :
Isnin - khamis : 7.00 - 1.20 P.M
Jumaat : 7.00 - 11.35 A.M
* Nota : Tertakluk pada pindaan.
- Setiap pelajar wajib hadir ke sekolah
setiap hari persekolahan melainkan terdapat sebarang
perubahan dari pihak sekolah.
- Semua pelajar hendaklah berada di kelas 10
minit sebelum loceng dibunyikan.
- Semua pelajar hendaklah membaca Al-Qur'an
/ bertadarus selama 10 minit sebelum pelajaran bermula
kecuali yang 'berhalangan'.
- Setiap pelajar yang berhalangan hadir ke
sekolah dikehendaki memohon " Tashrih" ( Surat
Kebenaran Tidak Hadir ) daripada wali kelas.
- Pelajar-pelajar yang hadir lewat mestilah
terlebih dahulu merekodkan namanya dalam Buku Rekod
Kedatangan Lewat sebelum masuk ke kelas
- Tidak sesiapapun dibenarkan pulang ke
asrama sebelum masa pulang kecuali dengan izin pihak
sekolah.
- Jika pelajar tidak hadir ke sekolah 3 hari
berturut-turut tanpa sebab yang munasabah, maka pihak
sekolah akan menghantar surat kepada ibubapa / penjaga
yang berkenaan jika dalam masa 7 hari surat sekolah tidak
berjawab atau masih tidak hadir sekolah tindakan tegas
akan diambil.( Bagi kes tidak hadir ke sekolah selepas
cuti )
- Pelajar tidak dibenarkan berkeliaran di
luar kelas semasa ketiadaan guru.
- Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar
dari kawasan sekolah di sepanjang waktu persekolahan
tanpa kebenaran dari Pengetua / Guru Bertugas.
Back to top
PELAJAR YANG SAKIT
- Pelajar-pelajar yang sakit dan atau hendak
pergi ke hospital hendaklah memohon kebenaran wali kelas
atau guru bertugas.Untuk ke hospital pelajar-pelajar akan
diberi sekeping surat. Keratan daripada surat itu
hendaklah dikembalikan kepada wali kelas selepas
ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan yang
bertugas.
Back to top
KELAS-KELAS GANTIAN
- Pelajar-pelajar diwajibkan datang ke
kelas-kelas gantian/kelas tambahan/kelas bimbingan yang
diatur oleh pihak sekolah atau yang diberi oleh guru-guru
sekolah.
Back to top
PERATURAN DALAM BILIK DARJAH
- Pelajar-pelajar hendaklah
memastikan kebersihan alat kelengkapan di bilik darjah
setiap masa.
- Pelajar-pelajar dilarang
melakukan perkara-perkara yang berikut :
- Menconteng dan mengetuk meja
guru, kerusi, dinding serta semua barang-barang di bilik
darjah.
- Menggunakan kerusi dan meja
guru.
- Duduk atas meja.
- Meninggalkan buku di bilik
darjah selepas waktu belajar.
- Mengubah kedudukan kelas
tanpa kebenaran guru.
- Membuat bising menggangu
ketenteraman atau tidur di kelas.
- Keluar dari bilik darjah
tanpa kebenaran guru dan ketua kelas.
- Membawa makanan dan minuman
ke dalam bilik darjah.
- Menampal poster-poster atau
gambar-gambar yang menjolok mata.
- Memaku dan apa jua jenis
tampalan yang merosakkan atau mengotorkan dinding.
- Lampu dan kipas hendaklah
dimatikan selepas digunakan.
- Pelajar-pelajar yang lewat
memasuki kelas, guru mata pelajaran tersebut boleh
mengambil tindakan mengikut budi bicaranya.
- Jika ada urusan di luar
sekolah pelajar hendaklah mendapat kebenaran dari pihak
sekolah terlebih dahulu.
- Pelajar hendaklah berada di
bilik darjah sepanjang pelajaran
- Pelajar hendaklah berdiri
ketika Pengetua atau guru masuk dan keluar kelas.
- Setiap pelajar wajib mempunyai Al-Qur'an.
Back to top
TUGAS-TUGAS KETUA DAN
PENOLONG KETUA KELAS
- Ketua kelas dan penolongnya
bertanggungjawab di atas ketenteraman bilik darjah semasa
semasa ketiadaan guru.
- Semasa ketiadaan guru ketua darjah dan
penolongnya bertanggugjawab mengingatkan guru jika
terdapat guru yang terlupa masuk ke kelas.
Back to top
Penerimaan
Pelajar Baru - Kehadiran
Ke Sekolah - Perhimpunan
Mingguan - Tatalaku
Dan Disiplin Sekolah - Pakaian Dan Kekemasan Diri- Bahasa Pengantar - Ujian Dan Peperiksaan
- Kegiatan Ko-Kurikulum
- Pembayaran / Yuran Sekolah
- Kemudahan Yang
Disediakan - Pelawat
/ Tamu Sekolah - Surat
Menyurat