[ home ]

 Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu dikenang =

1. Falsafah Pendidikan Negara

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah pemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 

2. Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri sendiri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan dia akhirat.

 

3. Falsafah Sekolah

Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak bersedia membina seramai mungkin generasi muslim yang kreatif, dinamis dan berdikari dengan memahami dan menghayati matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam sepenuhnya, berorientasikan kesepaduan ilmu serta keseimbangan jasmani, emosi rohani dan intelek selari dengan tuntunan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai dasar tertinggi dan utama.

 

4. Matlamat Sekolah

Melahirkan pelajar-pelajar muslim yang berketrampilan dan mampu berdikari melalui aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-kurikilum serta memupuk kematangan berfikir dan bertindak sebagai seorang pelajar muslim yang kreatif, dinamis dan inovatif menuju kecemerlangan dalam memartabatkan 'kalimah Allah yang maha tinggi'

5. Objektif Sekolah

  Membimbing pelajar memahami konsep tauhid

Membimbing pelajar menghayati konsep syara'

  •   Menanam keyakinan dan amalan bahawa kehidupan adalah ibadah kepada Allah SWT semata-mata

     Mentarbiyah pelajar dengan akhlak Islam yang mulia

     Membina pelajar yang berketrampilan dalam ilmu dunia dan akhirat

     Menjadikan Bahasa Arab dan Inggeris sebagai bahasa ibunda kedua

      Mewujudakan sekolah bestari

  • _________________________________________________________________________________

    ke atas

    © Hak cipta Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak