[ home ]

 Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu dikenang =


Sekapur Sirih

Dari Meja Pengetua

Assalamualaikum wr. wb

Saya amat berbesar hati dengan terlancarnya Laman Web SMUI ini. Sekali pun sekolah ini agak masih "Setahun Jagung", belum mencapai tiga tahun sejak ianya dibuka. Tapi dengan berkat doa serta kegigihan para guru, kakitangan dan pelajar-pelajar, sekolah ini tidak ingin ketinggalan dalam arus kemajuan dan kecanggihan IT. Ini ditambah lagi dengan kerjasama serta bantuan dari pihak Persatuan Ibu/Bapa dan Guru yang sentiasa merangsang sekolah ini untuk maju.

Adalah diharapkan kepada semua pelajar sekolah ini, jadikanlah laman ini sebagai pembakar semangat untuk mendalami lagi ilmu IT yang sangat luas ini. Gunakanlah laman sekolah ini sebagai wadah untuk meluahkan pendapat serta keritikan yang membina kepada pihak sekolah demi untuk kebaikan bersama. Kerana anda lebih tahu kelemahan serta kekurangan yang mungkin wujud. Mudah-mudahan dengan pendapat serta keritikan tersebut pihak pentadbiran serta guru-guru boleh berusaha memperbaiki keadaan sedaya mungkin.

Penghargaan kepada semua pihak, terutama sekali guru-guru yang penuh didikasi serta sanggup bekerja lebih demi untuk kejayaan sekolah ini, terutama sekali dalam pembinaan laman web ini. Dengan di ketuai oleh Us,Bahar J. kita telah berjaya meraih kejayaan, dan kejayaan ini adalah kejayaan kita semua dan ianya amat membanggakan. Penghargaan juga kepada Pengarah JHEAINS Dato Hj. Jamdin Buyong serta KPP Bhg. Pendidikan Us. Saifuddin Hj. Daud yang sentiasa merangsang semua sekolah termasuk sekolah ini untuk mengejar kemajuan dalam semua bidang apa lagi bidang IT.

Kepada semua pelajar putra dan putri, bersedialah dari sekarang menggarap masa depan yang gemilang dengan menuntut ilmu secara gigih dan sanggup berkorban. Jadikanlah motto HIDUP MULIA MATI BERIMAN sebagai teras perjuangan anda.

Sekian terima kasih Wassalam.

Hamdani bin Omar

Pengetua SMU Islam Kunak 1999

 Back to top