[ home ]

 Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu dikenang =


Tatalaku Dan Disiplin

 Larangan Am Kesalahan Umum Kesalahan Berat

  1. Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada peraturan sekolah semasa berada di sekolah.
  2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising. Pelajar-pelajar mestilah menjaga ketenteraman dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga semasa peperiksaan dijalankan dan semasa upacara-upacara khas sekolah.
  3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada atau berlari di kaki lima di luar kelas/bangunan sekolah atau berkeliaran semasa pelajaran sedang dijalankan atau ketika pertukaran waktu.
  4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan / minum di dalam bilik darjah.
  5. Pada masa rehat bilik darjah hendaklah digunakan untuk perkara yang bermanfaat seperti mengulangkaji pelajaran, perbincangan dan sebagainya.
  6. Pelajar-pelajar hendaklah pergi ke kelas dengan segera bila mendengar loceng masuk kelas berbunyi.
  7. Pelajar-pelajar pada setiap masa hendaklah menjaga keselamatan diri, hartabenda sendiri dan milik orang lain. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan.
  8. Pelajar-pelajar hendaklah berdiri memberi hormat kepada semua guru sewaktu mereka masuk dan keluar dari bilik darjah. Begitu juga waktu kedatangan Pengetua atau pelawat-pelawat yang melawat bilik darjah.
  9. Pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati orangyang lebih tua darinya dan memberi salam bila bertemu.
  10. Semua pelajar dikehendaki tertib,bersopan dan hormat diantara satu sama lain, kepada guru-guru,kakitangan bukan guru serta Pengetua.
  11. Pelajar-pelajar hendaklah taat dan mematuhi arahan Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru, mematuhi arahan Ketua Pegawas, Pengawas-Pengawas , Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
  12. Semua pelajar dikehendaki patuh kepada Rukunegara dan peraturan sekolah.
  13. Semua pelajar dikehendaki berkelakuan baik dan menjaga kesopanan dan tatasusila masing-masing setiap masa, sama ada di dalam ataupun di luar sekolah. Jika pihak sekolah mendapati sesuatu salahlaku disiplin dilakukan di luar, pihak sekolah berhak dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjamin nama baik sekolah.
  14. Semua pelajar dikehendaki menjaga dan memelihara nama baik S.M.U.I. Kunak.

 

  • Larangan Am

    1. Pelajar-pelajar dibawah umur 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
    2. Pelajar-pelajar dilarang mengambil bahagian dalam sebarang demonstrasi atau tunjuk perasaan.
    3. Pelajar-pelajar dilarang membeli, memiliki, membaca, menerbitkan atau mengedar bahan-bahan yang berunsurkan komunis, anti-nasional atau anti-perkauman dan lucah.
    4. Pelajar-pelajar dilarang menerbit atau mengedar sebarang surat / pemberitahuan / majalah atau bahan tanpa kebenaran Pengetua.
    5. Pelajar-pelajar dilarang membawa dan mendengar radio dalam kawasan sekolah. Semua jenis alat muzik tidak dibenarkan dibawa ke sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
    6. Pelajar-pelajar dilarang mengadakan perhimpunan, bermesyuarat, menulis surat layang dan memprotes urusan pentadbiran sekolah.
    7. Pelajar-pelajar dilarang keras menghisap dadah, rokok,menonton dan membawa gambar-gambar lucah atau melakukan sebarang perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam serta tatatertib seorang muslim / muslimat
  • Back to top

  • KESALAHAN UMUM

    1. Bermain mercun di sekolah.
    2. Bising, mengganggu kelas.
    3. Keluar kelas tanpa kebenaran.
    4. Membeli dan menyimpan barang-barang curian.
    5. Mengeluarkan kata-kata lucah, mencarut, menulis / melukis perkara-perkara yang dianggap lucah.
    6. Bersubahat dalam sebarang kesalahan.
    7. Tidak menghormati pengawas, ketua kelas, dan penolong ketua kelas.
    8. Tidak menepati masa.
    9. Mengotorkan kelas, kawasan sekolah.
    10. Menghalang atau menggagalkan usaha untuk mnyiasat pelajar yang bersalah
    11. Tidak membayar yuran sekolah.
    12. Merayau-rayau.
    13. Makan dan minum dalam kelas.
    14. Menghilangkan hartabenda sekolah yang dipinjamkan kepadanya.
    15. Bermain dengan permainan yang merbahaya.
    16. Tidak mempunyai sikap kekitaan dan sayangkan sekolah.
    17. Sesuatu perbuatan yang tidak disenaraikan dalam buku ini boleh dianggap sebagai sesuatu kesalahan jika ia :-
    1. Menulis di akhbar atau majalah -majalah sebelum mendapat kebenaran daripada Pengetua.
    2. Membuka dan bermain alat-alat letrik di asrama atau sekolah dan bilik darjah atau sebarang alat yang boleh membawa kepada bahaya.
    3. Membawa masuk sebarang alat pandang dengar ke dalam bilik tidur.
    4. Sesuatu perbuatan yang tidak disenaraikan dalam buku ini boleh dianggap sebagai suatu kesalahan jika ia diisytiharkan sebagai satu kesalahan oleh Pengetua.
  • Back to top

  • Kesalahan Berat

    Berikut adalah kesalahan-kesalahan berat. Semua yang melakukannya boleh dikenakan tindakan :

    1. Memanggil ibu bapa / penjaga berjumpa dan berbincang dengan pihak sekolah
    2. Digantung sekolah dalam tempoh waktu yang tertentu dan pelajar itu hendaklah datang semula ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan bersma dengan ibu bapa / penjaga
    3. Ibu bapa akan dipanggil untuk merotan anak mereka disaksikan oleh guru disiplin sekolah atau digantung atau diberhentikan dengan SERTA-MERTA setelah dimesyuaratkan oleh Ahli Lembaga Disiplin dan dipersetujui oleh Pengetua Sekolah serta memberi laporan kepada KPP Jabatan Pendidikan JHEAINS Kota Kinabalu :-

    Back to top

    Ke atas

    Penerimaan Pelajar Baru - Kehadiran Ke Sekolah - Perhimpunan Mingguan - Tatalaku Dan Disiplin Sekolah - Pakaian Dan Kekemasan Diri- Bahasa Pengantar - Ujian Dan Peperiksaan - Kegiatan Ko-Kurikulum - Pembayaran / Yuran Sekolah - Kemudahan Yang Disediakan - Pelawat / Tamu Sekolah - Surat Menyurat