[ home ]

 Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu dikenang =


Kemudahan Yang Disediakan

 SPBT Asrama Surau Kantin Sukan & Rekreasi Dewan Makan

BUKU TEKS PINJAMAN

  1. Buku-buku teks yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar di bawah skim pinjaman buku-buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan / JHEAINS / Sekolah dan hendaklah dijaga kebersihan dan keselamatannya.
  2. Hanya peminjam rasmi sehaja yang layak menggunakannya. Peminjam-peminjam hendakah menuliskan nama dan tingkatan mereka pada ruang-ruang yang dikhaskan dalam setiap buku yang dipinjam.
  3. Pelajar-pelajar digalakkan membalut buku-buku tersebut.
  4. Pelajar-pelajar dilarang menconteng atau mengotori buku-buku tersebut. Pelajar-pelajar juga dilarang merosakkan atau menggunting atau menekap gambar-gambar didalamnya.
  5. Jika didapati pelajar-pelajar merosak , mengotori atau mengabaikan keselamatan buku-buku tersebut, maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada menggantikan dengan buku yang lain atau membayar harga buku itu.
  6. Buku-buku teks pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.Pelajar-pelajar yang bertukar atau berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku-buku teks tersebut sebelum dikeluarkan Surat Lepas dan sebelum meninggalkan sekolah .
  • Back to top

    Asrama Putera

    Asrama Puteri

    Back to top

  • MUSOLLA

    1. Musalla / Surau adalah untuk tempat beribadat dan aktiviti-aktiviti keagamaan / yang bersesuaian sahaja.
    2. Semua pelajar wajib solat berjamaah di Surau pada Solat Maghrib, Isya' dan subuh.
    3. Setiap pelajar mesti berada di Surau sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu solat tiba.
    4. Pakaian pelajar hendaklah sopan dan bersesuaian dengan pakaian untuk beribadah.
    5. Pelajar dikehendaki mengikuti semua aktiviti yang diadakan di Surau kecualai bagi yang mempunyai keuzuran yang munasabah.
    6. Sebelum memasuki Musolla/Surau, kasut dan selipar hendaklah ditanggalkan.
    7. Pelajar-pelajar dilarang sama sekali menjadikan Musolla/Surau sebagai tempat menukar pakaian, tempat tidur atau tempat berehat.
  • Back to top

  • KANTIN

     

    1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan makan, membeli makanan / minuman atau berada di kawaan kantin kecuali pada waktu rehat atau bila tamat waktu persekolahan .
    2. Segala peraturan-peraturan kantin hendaklah dipatuhi.
    3. Semasa membeli makanan / minuman, pelajar-pelajar hendaklah sentiasa beratur, bersopan santun dan.tidak membuat bising
    4. Kebersihan semasa makan dan minum hendaklah dijaga. Jangan biarkan sisa-sisa makanan tertinggal di atas meja atau lantai. Sampah dan bahan-bahan pembungkus hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dikembalikan kepada pengusaha kantin.
    5. Pelajar-pelajar dilarang masuk ke bahagian dalam kantin.
    6. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan atau minuman.
    7. Pelajar-pelajar dilarang membawa makanan / minuman ke dalam
    8. kelas, pusat sumber / perpustakaan dan sebarang bilik khas.
  • Back to top

  • SUKAN DAN PERALATAN

    1. Setiap pelajar diwajibkan mengikuti akitiviti berjoging setiap pagi hari Sabtu.
    2. Setiap pelajar digalakkan untuk mengadakan aktiviti riadhah yang disukai dan tidak membahayakan diri.
    3. Alat-alat sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran guru yang berkenaan.
    4. Alat-alat sukan hendaklah digunakan dengan cermat dan berhati-hati. Pelajar-pelajar hendaklah berwaspada bila menggunakan alat-alat yang membahayakan diri atau orang lain.
    5. Alat-alat sukan yang telah selesai digunakan hendaklah dikembalikan semula ke tempat ia mula-mula diambil atau dikeluarkan.
    6. Alat-alat yang dipinjamkan kepada pelajar-pelajar hendaklah dijaga supaya bersih dan tidak rosak serta dipulangkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebaramg kehilangan mesti diganti.
  • Back to top

  • DEWAN MAKAN

    1. Pelajar-pelajar mesti hadir ke dewan makan pada waktu yang ditetapkan dan sesiapa yang tidak hadir pada waktu yang ditetapkan tanpa sebab atau laporan, makanannya tidak dapat disediakan.
    2.  Berdoa sebelum dan selepas makan serta makan dengan sopan.
    3.  Pelajar yang tidak dapat hadir ke dewan makan pada waktu yang
    4. ditetapkan atas sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu ketua kebajikan pelajar atau ketua pelajar.
    5. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan.
    6. Segala masalah yang berhubung dengan makanan dan minuman hendaklah dikemukakan kepada ketua kebajikan pelajar atau pengawas asrama untuk dilaporkan kepada pihak berkenaan.

    TANDAS / BILIK MANDI

    1. Pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan tandas di sepanjang masa.
    2. Pelajar-pelajar hendaklah jangan menyalahgunakan tandas.
    3. Pelajar-pelajar dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas atau sinki.
    4. Pelajar-pelajar dilarang membuat bising di dalam tandas / bilik mandi.
    5. Dilarang meletakkan milik peribadi pelajar di dalam tandas / bilik mandi.

     

  • Ke atas

    Penerimaan Pelajar Baru - Kehadiran Ke Sekolah - Perhimpunan Mingguan - Tatalaku Dan Disiplin Sekolah - Pakaian Dan Kekemasan Diri- Bahasa Pengantar - Ujian Dan Peperiksaan - Kegiatan Ko-Kurikulum - Pembayaran / Yuran Sekolah - Kemudahan Yang Disediakan - Pelawat / Tamu Sekolah - Surat Menyurat