[ home ]

 Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = pendaftaran = jasamu dikenang =


  • Program Pengembangan Bahasa
  •  

  • Bermula pada bulan Februari 1999, satu lagi program rasmi sekolah telah dilancarkan dengan rasminya oleh tuan pengetua SMUIK. Program Pengembangan Bahasa atau lebih dikenali dengan " Nahdhotull Lughoh" . Program ini adalah salahsatu inisiatif pihak sekolah terutamanya pihak guru-guru untuk mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris dengan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa pertuturan harian sehingga dapat menjadi bahasa teori dan praktikal di kalangan warga sekolah khususnya.

    OBJEKTIF

    Dengan program ini diharapkan pelajar SMUIK akan mahir dan lancar bertutur dalam Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris sekaligus dapat memahami pelajaran Bahasa Arab dan Inggeris dengan lebih mendalam di samping itu dapat mendidik pelajar agar berjiwa besar dan dihormati. Selain itu juga, diharapkan SMUIK ini akan menjadi teladan kepada sekolah-sekolah lain dalam pengembangan bahasa.

     KUMPULAN SASAR

  • Semester pertama

    Tingkatan Dua, Tiga dan seterusnya

    Semester kedua

    Tingkatan Satu, Dua dan seterusnya

     

  • Pelajar yang melanggar Peraturan Bahasa akan dikenakan denda tertentu mengikut budi bicara hakim dan akan diberikan tiga helai Borang Jasus yang wajib diisi dalam masa selewat-lewatnya tiga hari jika tidak berjaya, pelajar terse mesti melaporkannya kepada pihak Mahkamah Bahasa dengan alasan yang munasabah.

    Biro Siaraya Lembaga Pelajar akan mengumumkan nama-nama pelanggar bahasa selapas solat Isya'. Mahkamah Bahasa akan diadakan setiap malam pada jam 8.30 malam hingga jam 9.00 malam yang bertempat di pejabat guru.

    Hakim Mahkamah Bahasa digalakkan memberi galakan dan motivasi kepada pelanggar bahasa dengan memarahinya atau memukulnya ( yang tidak menyakitkan seperti mencubit, tarik telingan, memukul dengan sejadah dan sebagainya )

    DENDA

      1. Mencari mufrodat Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan menghafalnya
      2. Mengarang
      3. Bercerita dalam Bahasa Arab atau Inggeris
      4. Mengahafal surah-surah pendek daripada Al-Qur'an
      5. Meminta tanda tangan guru-guru
      6. Membayar minima RM 0.05 dan maksimum RM 1.00 bagi setiap patah perkataan yang diucapkannya.

     

  • AKTIVITI BIRO PENGEMBANGAN BAHASA
      1. Menyediakan perkataan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris untuk diberikan kepada pelajar setiap hari selepas kuliah subuh ( Sepatah Kata )
      2. Menulis kalimah itu pada white board kecil dan digantungkan pada dinding-dinding asrama untuk ditulis dan seterusnya dihafal oleh para pelajar
      3. Memastikan setiap pelajar mencatatkan perkataan-perkataan itu
      4. Pengurus dan Pendaftar Mahkamah Bahasa

     

  • CONTOH BORANG JASUS
  • BORANG JASUS

    • Nama :
    • Tingkatan :
    • Perbicaraan :
    • Kawan Bicara :
    • Tempat :
    • Masa :
    • Tarikh :

    Kod Jasus :

    Tanda Tangan Hakim

    …………………….

    Nama :

    Tarikh :

     

  • Kerjasama daripada semua pihak adalah tonggak kejayaan program ini. Kejayaan program ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelajar bahkan juga dapat menambah dan memantapkan lag ilmu pengetahuan guru-guru SMUIK.

  • Ke atas

    Penerimaan Pelajar Baru - Kehadiran Ke Sekolah - Perhimpunan Mingguan - Tatalaku Dan Disiplin Sekolah - Pakaian Dan Kekemasan Diri- Bahasa Pengantar - Ujian Dan Peperiksaan - Kegiatan Ko-Kurikulum - Pembayaran / Yuran Sekolah - Kemudahan Yang Disediakan - Pelawat / Tamu Sekolah - Surat Menyurat