Make your own free website on Tripod.com

Asrama Putera

Asrama

Pelajar sekolah ini berpeluang menikmati kemudahan tempat tinggal ataupun asrama yang boleh menampung kira-kira 200 orang pelajar dalam satu masa dengan kapasiti maksimum seramai enam orang dalam satu bilik asrama. Asrama ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kipas angin satu buah setiap bilik, lampu, almari pakaian setiap seorang pelajar dibekalkan sebuah almari untuk menyimpan pakain, katil dua tingkat lengkap dengan sepasang tilam dan bantal.

(Asrama Puteri)

Pihak sekolah setakat ini dengan bilangan pelajar yang belum mencapai angka yang banyak mengambil inisiatif mewajibkan semua pelajar agar tinggal di asrama yang telah disediakan ini.pelajar wajib tinggal di asrama yang disediakan. Sehingga ke saat ini (3 Mei 1999) bilangan penghuni asrama seramai 136 orang pelajar dengan pecahan pelajar puteri seramai lapan puluh lapan (88) orang dan bakinya adalah pelajar putera seramai 48 orang.

Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa bilangan pelajar akan meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, pihak sekolah telah memikirkan dan berusaha untuk penambahan bangunan asrama dan juga bilik kelas dengan kerjasama daripada semua pihak terutama pihak Persatauan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) dan juga pihak Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah ( JHEAINS ).

Oleh itu, adalah menjadi harapan semua, pembangunan fizikal akan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan segera demi untuk menampung pertambahan bilangan warga SMUIK ini pada masa yang akan datang.  

 


 

[ kembali ke laman utama ]

 Sejarah = perutusan = perasmian = falsafah = lagu = logo = ikrar = panduan = mata pelajaran = warga pentadbir = kurikulum = ko-kurikulum = halatuju = pangkat = data pelajar = putera-puteri = pibg = kelab komputer = bahasa arab siber = pendaftaran